NzdUsd di Timeframe Daily.
Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam sesi Retracement. Asalnya harga dalam kedudukan Uptrend, akan tetapi harga gagal untuk break dan close diatas Resistance semasa seterusnya membentuk Chart Pattern Double Top dimana berkemungkinan harga akan turun selepas munculnya chart pattern ini. Harga juga telah berjaya break dan close dibawah Support 0.64040, support ini telah menjadi Resistance/SbR, dan juga telah berjaya break dan close dibawah Uptrend Trendline. Ini mengukuhkan lagi fakta bahawa harga akan turun selepas ini. Saya akan fokus pada peluang sell sahaja selagi mana harga tidak break dan close semula diatas SbR tersebut.
Entry: Peluang reentry terbaik adalah di SbR tersebut atau berhampiran Uptrend Trendline. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan gagal jika harga berjaya break dan close diatas Resistance semasa.
**SILA KAWAL MM ANDA**