Gold di Timeframe Daily.
Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Harga juga berjaya break dan close dibawah support semasa. Support tersebut kini telah menjadi Resistance atau SbR. Ini menunjukkan bahawa harga masih kuat momentum nya untuk meneruskan penurunan. Saya masih fokus pada peluang sell sahaja selagi mana harga tidak berjaya break dan close diatas Resistance semasa. Saya menjangka kan bahawa harga akan retest dahulu di SbR dan akan turun semula mengikut trend asal iaitu Downtrend.
Entry: Peluang reentry terbaik adalah di SbR atau di Resistance semasa. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close diatas Resistance semasa.
**SILA KAWAL MM ANDA**