GbpUsd Di Timeframe Daily.
Forecast: Harga asalnya dalam kedudukan Uptrend. Namun harga gagal untuk break dan close diatas Higher High/Resistance semasa untuk meneruskan sesi Uptrend tersebut. Harga juga membentuk Chart Pattern Double Top dan seterusnya turun lalu break dan close dibawah Support, ketika ini telah menjadi Resistance/SbR dan break serta close dibawah Uptrend Trendline. Ini menunjukkan bahawa harga akan membuat pertukaran trend daripada Uptrend kepada Downtrend. Harga pada hari jumaat lepas juga close dalam kedudukan Bearish Engulfing, mengukuhkan lagi analisa ini. Saya akan fokus pada peluang sell selagi mana Resistance/Higher High semasa tidak ditembusi oleh harga. Saya menjangkakan bahawa harga akan turun pada minggu hadapan.
Entry: Peluang reentry terbaik adalah di Kotak oren, atau di SbR semasa. Di Kotak kuning tersebut, telah muncul setup Price Action iaitu Bearish Engulfing, boleh ambil peluang reentry sell di 50% body Bearish Engulfing tersebut. Setup ini akan failed jika harga berjaya break dan close diatas Higher High/Resistance semasa.
**SILA KAWAL MM ANDA***