GbpJpy di TimeFrame H4.
**Line Hitam mewakili SnR Daily**
**Line Biru mewakili SnR H4**
• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk di TimeFrame Daily ( D1).
• Untuk di TimeFrame H4 ini, harga dalam kedudukan Sideways di mana harga masih lagi gagal untuk break dan close di atas Resistance Daily: 167.570 untuk meneruskan sesi Uptrend dan juga gagal untuk break dan close di bawah support daily: 156.060 untuk membuat sesi retracement atau pertukaran trend daripada Uptrend kepada Downtrend.
• Ketika ini harga sedang menaik, berkemungkinan hanya untuk retest Minor Resistance H4: 160.830 dan mungkin selepas dari itu harga akan turun semula di support daily dan terus menaik sehingga ke paras Resistance Daily.
• Harga juga berkemungkinan akan terus break dan close di atas Minor Resistance H4 tersebut dan terus naik sehingga ke paras Resistance Daily.
• Ketika ini saya hanyalah fokus pada peluang buy sahaja memandang trend semasa harga masih lagi dalam kedudukan Uptrend.
• Saya akan tunggu peluang re entry buy di Support Daily.
• Jika harga terus break dan close di atas Minor Resistance H4 ( minima 5 candle berada di atas Resistance tersebut ), maka saya akan tunggu peluang re entry buy di Minor Resistance H4 tersebut.
• Tunggu sehingga muncul nya setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar di Support atau Minor Rbs H4 sebelum melakukan sebarang re entry.
• Setup ini akan terbatal jika harga kembali break dan close semula di bawah support daily.
**SILA KAWAL MM ANDA**