GbpAud di Timeframe Daily.
Forecast: Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Ketika ini harga masih lagi dalam sesi Retracement atau Sideways dimana harga masih lagi berada diatas Support semasa dan Minor Resistance semasa (kotak purple). Saya menunggu untuk harga break dan close salah satu SnR tersebut untuk peluang entry yang terbaik. Namun saya masih lagi fokus pada peluang buy memandangkan secara keseluruhannya kedudukan harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.
Entry: Jika harga berjaya break dan close dibawah Major support, tunggu untuk harga retest semula di breakout tersebut. Pabila harga telah retest semula di breakout tersebut, maka tunggu pula setup Price Action untuk peluang reentry yang terbaik seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar. Setup ini akan gagal jika harga berjaya break dan close diatas Minor Resistance. Jika harga berjaya break dan close diatas Minor Resistance, tunggu untuk harga retest semula di breakout tersebut atau retest semula di Major Support tersebut. Selepas itu, tunggu pula setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar di breakout tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close semula dibawah Major Support tersebut.
**SILA KAWAL MM ANDA**