EurUsd di TimeFrame H4.
• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend.
• Asal nya sebelum ini, harga naik untuk membuat sesi Retracement dan telah berjaya retest semula di Resistance Daily di atas dan mula membuat penurunan untuk mengikut semula trend asal iaitu Downtrend.
• Harga minggu lepas sehingga ke hari ini, telah berjaya break 2 support H4 di mana ia menunjukkan bahawa harga kuat momentum untuk terus turun mengikut trend semasa.
• Support H4 yang pertama yang harga telah break ialah: 1.06230 yang kini telah menjadi Resistance H4 atau SbR H4.
• Dan 1 lagi support H4 yang harga telah break ialah: 1.04850 yang kini telah menjadi Resistance H4 atau SbR H4.
• Saya akan terus fokus pada peluang sell sahaja memandangkan harga kini masih kuat momsntum nya untuk terus turun.
• Saya akan tunggu peluang re entry sell di kedua2 SbR H4 tersebut. Tunggu sehingga harga retest semula di salah satu SbR H4 tersebut.
• Pabila harga telah retest semula di salah satu SbR tersebut, kita tunggu pula setup Re entry iaitu, tunggu sehingga muncul nya Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar sebelum melakukan sebarang re entry.
Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close semula di atas kedua-dua SbR H4 tersebut.