EurUsd di Timeframe Daily (D1).
Forecast: Kita boleh lihat bahawa secara keseluruhannya kedudukan harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Ketika ini harga sedang sideways atau Retracement untuk Sesi Downtrend ini. Ketika ini juga harga masih gagal untuk break dan close diatas Resistance 1.0030 untuk meneruskan Retracement atau membuat pertukaran trend. Harga juga masih gagal untuk break dan close dibawah Support 0.9590 untuk meneruskan sesi Downtrend. Harga juga sepertinya membentuk Chart Pattern Head And Shoulder (HnS) dimana chart pattern ini sebagai petanda awal bahawa berkemungkinan harga akan turun selepas ini. Saya masih fokus pada peluang sell memandangkan kedudukan trend harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Downtrend.
Entry: Peluang reentry terbaik adalah di Resistance semasa. Terdapat juga Setup Price Action, iaitu Bearish Engulfing di Resistance tersebut. Boleh tunggu peluang reentry di 50% Body Bearish Candle tersebut. Risk diatas Bearish Engulfing tersebut. Reward di Support. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close diatas Resistance semasa atau Bearish Engulfing tersebut.
**SILA KAWAL MM ANDA**