EurJpy di Timeframe Daily.
Forecast: Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Sebabnya, harga masih lagi tidak break dan close diatas Resistance 144.560 untuk membuat pertukaran trend daripada Downtrend kepada Uptrend. Namun begitu, ketika ini harga masih lagi dalam keadaan sideways dimana harga masih berada dibawah Resistance 144.560 dan diatas Support 138.00. Ketika ini, harga sepertinya ingin membentuk Chart Pattern W shape, dimana jika mengikut pada chart pattern ini, harga berkemungkinan akan naik dahulu bagi melengkapkan chart pattern ini. Akan tetapi, chart pattern ini akan gagal jika harga berjaya break dan close dibawah Support semasa.
Entry: Peluang reentry buy di Kotak untuk medium risk atau di support semasa untuk Low Risk. Target di Resistance untuk melengkapkan chart pattern w shape teresbut. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close dibawah Support semasa.
**SILA KAWAL MM ANDA**