AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) memperoleh pinjaman berkaitan kelestarian (SLLs) berjumlah RM600 juta buat pertama kalinya daripada dua perbankan Jepun dan sebuah bank tempatan bertempoh tiga tahun.
Pinjaman tersebut masing-masing diperolehi daripada Mizuho Bank (Malaysia) Bhd, MUFG Bank (Malaysia) Bhd dan CIMB Bank Bhd itu adalah pengiktirafan di atas usaha kumpulan dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).