Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) serentak di enam negeri pada 12 ogos ini.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
Pilihanraya negeri ini,walaupun hanya melibatkan enam negeri iaitu Kedah,Pulau Pinang,Kelantan,Terengganu,Selangor & Negeri Sembilan akan tetapi tetap akan memberi impak yang cukup besar terhadap ekonomi negara secara keseluruhan.
Mata dan telinga para pelabur dalam dan luar negara ketika ini sedang terarah kepada keputusan pilihanraya negeri-negeri ini nanti serta apa pergerakan politik seterusnya oleh pemimpin parti-parti gabungan ini.
Disebalik keyakinan pelabur yang makin terhakis hari demi hari oleh pelbagai ungkapan dan frasa retorik yang diulang-ulang oleh segelintir pemimpin politik negara yang membuatkan pasaran saham Malaysia semakin suram,harga barang dan kos sara hidup semakin tinggi serta matawang Ringgit yang semakin kurang bernilai masih teselit harapan bahawa pentadbiran kerajaan hari ini akan mengetepikan perbezaan ideologi politik dengan meneruskan projek-projek berimpak tinggi terutama di negeri Kedah seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP),Kedah Rubber City,Kedah Science & Technology Park (KSTP),Sidam Logistic,Aerospace & Manufacturing Hub (SLAM),Delapan Special Border Economic Zone,Skim Pemindahan Air Jeniang (Jeniang Transfer).
Dari perspektif para pelabur,meskipun Malaysia tidak terkecuali daripada berada diambang kemeselesetan seperti demografik ekonomi negara-negara yang lain di seluruh dunia yang menerima dampak langsung pasca pandemik Covid19,perang Rusia-Ukraine,perang dagang China-US & perubahan iklim akan tetapi masih ada sinar cahaya untuk ekonomi Malaysia kembali pulih dengan pihak pentadbiran dan tatakelola negara ini menghentikan retorik politik dan menyekat kemajuan sesebuah negeri seperti yang sedang terjadi di Kedah ketika ini hanya akibat dari parti yang memerintah di pihak Persekutuan dan negeri tidak dari gabungan yang sama.
Adalah tidak adil bagi pelabur-pelabur samaada dari dalam atau luar negara dan juga rakyat negara ini secara keseluruhan bila mana demi modal politik dan survival politik pihak tertentu,ekonomi,kesejahteraan dan masa depan negara ini diperjudikan.
Kita mengharapkan kitaran ekonomi & politik luar tabie yang sedang terjadi ketika ini kembali menjadi normal dan negara ini kembali berada di atas landasan dan matlamat menjadi sebuah negara yang maju.Semoga semua pemimpin-pemimpin politik di negara kita ketika ini dapat mengetepikan jurang perbezaan ideologi politik dan tidak bertindak seperti bak kata pepatah melayu “Marahkan nyamuk,kelambu dibakar” kerana menjaga kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negara ini sendiri adalah tuntutan demokrasi dan ciri-ciri menjaga keluhuran perlembagaan negara ini.