Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminta bantuan polis bagi mengesan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai bagi membantu siasatan.
Sehingga kini, Opai belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas menggunakan nombor pendaftaran ‘QPA1’ yang bukan didaftarkan di atas kereta McLaren miliknya.
Sehingga kini, Opai belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas menggunakan nombor pendaftaran ‘QPA1’ yang bukan didaftarkan di atas kereta McLaren miliknya.
Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari, dia tidak datang. Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah,” katanya ketika ditemui selepas Op Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidiladha, di Jalan Pahang di sini, malam tadi.
Beliau berkata, lelaki terbabit masih berada di Kuala Lumpur dan dianggap seperti mencabar JPJ kerana tidak datang untuk dirakam percakapan.
Mengikut laporan, lelaki terbabit sebelum ini telah memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa dan panggilan itu pula kononnya berhubung video awal yang mendakwa dia menghina kenderaan bukan ‘supercar’ pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.