Bursa Malaysia menyusut lagi hari ini selepas minat pembelian kekal hambar berikutan suasana berhati-hati yang berterusan walaupun sentimen yang lebih baik di seluruh rantau.
Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.99 mata kepada 1,450.20 berbanding 1,454.19 yang dicatatkan semalam.
Kelebaran pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung pada 528 berbanding 436, manakala 358 kaunter tidak berubah, 881 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.
Jumlah dagangan menurun kepada 3.21 bilion unit bernilai RM2.04 bilion daripada 4.63 bilion unit bernilai RM3.95 bilion yang disaksikan semalam.