Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini ketika pelabur menumpukan aset selamat berikutan kebimbangan mengenai prospek kenaikan kadar faedah global.
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.4850/4895 berbanding dolar AS daripada paras 4.4755/4805 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.3247/3285 daripada 3.3162/3204 pada akhir urus niaga semalam, rendah berbanding euro kepada 4.7572/7620 daripada 4.7212/7265 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4152/4206 daripada 5.3576/3636, sebelum ini.