GbpUsd Di Timeframe Daily.
Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam sesi Retracement . Harga asalnya dalam kedudukan Uptrend, akan tetapi harga gagal untuk break dan close diatas Resistance semasa untuk meneruskan sesi Uptrend tersebut. Harga juga membentuk Chart Pattern Double Top sebagai tanda awal bahawa harga akan membuat reverse/pertukaran trend. Harga juga berjaya break dan close dibawah support 1.22900,kini support tersebut telah menjadi Resistance/ SbR dan juga berjaya break dan close dibawah Uptrend trendline, mengukuhkan lagi fakta bahawa harga akan membuat penurunan selepas ini. Saya fokus pada peluang sell sahaja selagi mana SbR semasa atau Higher High/Resistance semasa tidak ditembusi oleh harga.
Entry: Peluang reentry terbaik adalah di SbR tersebut atau berhampiran Uptrend Trendline. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan gagal jika harga berjaya break dan close diatas Resistance semasa.