Pelabur asing menjual ekuiti Malaysia berjumlah sehingga RM380.8 juta pada minggu dagangan yang lebih singkat minggu lalu berikutan cuti umum Hari Wilayah Persekutuan berbanding RM57.8 juta pada minggu sebelumnya, menandakan jualan bersih minggu keempat berturut-turut, kata MIDF Research.
Dalam satu nota hari ini, ia berkata bagi minggu lalu, aliran masuk bersih hanya dicatatkan pada Khamis sebanyak RM35.6 juta manakala aliran keluar paling banyak adalah pada Selasa berjumlah RM98.9 juta sebelum pasaran ditutup untuk cuti umum pada Rabu.