Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dibuat kerana beliau berkelayakan.
Anwar berkata ini kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, sekali gus dilantik bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Perdana menteri bagaimanapun berkata, Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun atas pelantikannya itu.
“Saya pun tiada kelulusan berkaitan kewangan tetapi saya pernah jadi menteri kewangan selama lapan tahun. Menteri-menteri dalam Perikatan Nasional (PN) pun tiada kelulusan masing-masing, tetapi bila giliran kita, mereka bangkitkan.