UsdJpy di Timeframe H4.
Forecast: Kedudukan Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Harga ketika ini berada di Minor Resistance (kotak purple) setelah berjaya retest semula di Lower Channel/Support Channel dan Major Support semasa. Ini menunjukkan bahawa harga mungkin telah selesai membuat sesi Retracement dan bersedia untuk meneruskan semula sesi Uptrend. Saya masih fokus pada peluang buy memandangkan trend harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.
Entry: Peluang reentry terbaik adalah di Minor Support tersebut atau di Lower Channel/Major Support. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bullish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close dibawah Major Support tersebut.
**SILA KAWAL MM ANDA**