Orang ramai melahirkan kebimbangan susulan pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) baharu iaitu 2.50 peratus kerana dikhuatiri membebankan mereka.Kadar kenaikan tersebut memberi kesan secara langsung kepada semua masyarakat apabila terpaksa membayar pinjaman dengan kadar yang lebih tinggi malah dibimbangi pendapatan mereka boleh menjadi negatif.
Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas.
Menurutnya, kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.