GbpAud di TimeFrame Daily (D1).
• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend sebagai Major Trend.
• Harga sebelum ini dalam kedudukan Sideways di mana harga berada di bawah Resistance 1.77640 dan di atas Support 1.72400.
• Seterusnya harga telah berjaya break dan close di bawah support (kini menjadi Resistance/SbR) tersebut menandakan bahawa harga telah mempunyai momentum untuk turun mengikut trend asal iaitu Downtrend.
• Saya akan fokus pada peluang sell memandangkan trend harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Downtrend.
• Peluang sell terbaik adalah di SbR semasa.
• Tunggu sehingga muncul nya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar sebelum melakukan sebarang re entry.
• Entry akan terbatal jika harga berjaya break dan close di atas SbR semula.
**SILA KAWAL MM ANDA**