Terdahulu FMT melaporkan,seorang timbalan menteri dari PAS menyifatkan kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada pengguna di negara ini.
Nik Muhammad Zawawi Salleh yang juga timbalan menteri pertanian dan industri makanan, berkata situasi rakyat negara ini lebih baik, berbanding rakyat di negara lain dikatakan lebih teruk.
“Oleh demikian, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada mereka (pengguna). Berbanding dengan rakyat dari negara lain, mereka di sana lebih teruk keadaannya daripada kita.
“Dalam kes kita, kerajaan kita masih mempunyai keupayaan untuk membantu rakyat dan kita akan terus mencari jalan untuk membantu rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang memperuntukkan sejumlah besar wang untuk memberi subsidi bagi membantu rakyat.
“Kami masih memberi subsidi untuk ayam dan telur yang mana, untuk kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan menyediakan bantuan tunai.
“Oleh itu, apabila kita bercakap mengenai kenaikan harga ayam dan telur, kita kena sebut juga tentang subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.
Katanya, tidak ada satu negara di dunia yang mampu menghalang kenaikan kos barangan yang turut berlaku di seluruh dunia.
Kenyataan ini disifatkan sangat tidak sensitif dan telah melukakan hati rakyat sehingga mengundang kecaman hebat oleh netizen.