Shopee telah mengeluarkan memo. memberitahu bahawa mereka akan mengurangkan. bilangan pekerja dalam beberapa segmen di beberapa buah. negara Asia Tenggara, lapor CNA.
Segmen tersebut merujuk .pada perkhidmatan ShopeeFood. dan ShopeePay di rantau ini.
Dalam memo oleh Presiden Shopee, Chris Feng berkata mereka melakukan. beberapa perubahan ini atas alasan untuk mengoptimasikan operasi serta disebabkan. ketidaktentuan ekonomi.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan mengurangkan pekerja. di Mexico, Argentina dan keluar daripada fasa .ujian mereka di Sepanyol.
Terdahulu, Shopee telah keluar daripada India kurang daripada 6 .bulan. beroperasi di sana. Dalam bulan. yang sama juga, mereka juga telah keluar daripada Perancis.
Pun begitu, memo tersebut tidak .menyatakan. secara terperinci negara Asia Tenggara manakah akan terjejas dengan pemberhentian pekerja ini. Setakat ini, mereka mempunyai 24 pejabat di seluruh rantau.
Bulan lepas, Sea iaitu syarikat induk. Shopee. merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak 64% pada suku .pertama tahun ini. Bagaimanapun, kerugian mereka .juga meningkat daripada $422 juta ke $589 juta.