EurAud di TimeFrame Daily ( D1 ).
• Ketika ini secara keseluruhannya harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend.
• Sebelum ini harga telah berjaya break dan close di bawah Support Daily: 1.52540 yang ketika ini telah menjadi Resistance Daily atau SbR Daily, dan telah membuat Support Daily yang baru iaitu: 1.43880.
• Seterusnya harga naik semula dan retest semula di SbR Daily tersebut untuk sesi retracement atau bersifat sementara.
• Selepas dari itu, harga turun semula mengikut trend asal semula iaitu Downtrend.
• Saya juga telah menandakan Uptrend Trendline untuk mengukur tahap kenaikan harga, di mana ketika ini harga telah berjaya break dan close di bawah Uptrend tersebut, menandakan bahawa harga selepas ini berkemungkinan akan turun.
• Saya akan fokus pada peluang sell memandang kan kedudukan trend harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Downtrend.
• Saya akan tunggu peluang re entry di SbR Daily atau di Uptrend Trendline atau mana-mana berhampiran zone entry tersebut untuk peluang re entry terbaik.
• Saya akan tunggu sehingga muncul nya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di zone re entry atau berhampiran zone re entry sebelum melakukan sebarang re entry untuk comformation entry.
• Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close semula di SbR Daily tersebut.
**SILA KAWAL MM ANDA**