Masuk bulan April mesti semua akan tertanya-tanya, “Bila dividen tahun ni akan diumumkan dan berapa agak-agaknya kadar dia pula untuk tahun ni”. Jangan risau, pada hari ini pertanyaan anda semua akan bakal terjawab kerana dividen dan kadarnya sudah diumumkan pada jam 11:15 pagi tadi.
Dividen Bank Rakyat
Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM111.75 bilion berakhir Disember 2020.
Merujuk kepada laman web rasmi Bank Rakyat pula, Pelaburan Unit Amanah Bank Rakyat ditawarkan kepada:
- Pemohon individu:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 65 tahun
- Bagi pelaburan bersama; pelabur utama mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan tiada syarat umur bagi pelabur bersama
- Permohonan untuk nama bersama adalah terhad kepada dua orang sahaja.
- Pemohon institusi – Syarikat, koperasi, pertubuhan, pemilik tunggal, institusi, dan lain-lain
- Jumlah pelaburan minimum bermula pada RM500* (Ianya berbeza mengikut dana)
Kadar Dividen 2022
Bank Rakyat telah umum bayaran dividen 15 peratus bagi 2021 berbanding 13 peratus pada 2020, yang melibatkan pembayaran sebanyak RM429.50 juta.
Pembayaran dividen ini akan dikreditkan mulai 25 April 2022.
Dividen itu diumumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar pada sidang pengumuman dividen Bank Rakyat dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, di sini, hari ini.
Sejarah Dividen
Berikut adalah sejarah dividen untuk 5 tahun sebelum untuk anda melihat kadar-kadar yang telah diumumkan;
Tahun | Kadar Dividen |
2020 | 13% |
2019 | 14% |
2018 | 13% |
2017 | 15% |
2016 | 15% |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan kadar dividen Bank Rakyat, sila rujuk saluran berikut:
Facebook Bank Rakyat : https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT
Laman web rasmi Bank Rakyat : https://www.bankrakyat.com.my/
Talian Hotline Bank Rakyat : 1-300-80-5454