Harga emas dah naik sedikit berbanding 2, 3 bulan lepas. Sesiapa yang nak ambil keuntungan, dah boleh jual sekarang. Ia lebih untung dari simpan dalam Tabung Haji Walaupun harga dah naik, saya tetap macam dulu
Jikalau membeli emas tapi tak jual-jual, maka tiada untung . Jika menyimpan duit di dalam bank simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untung yang dapat diperolehi dividen ? Walauypun mendapat dividen , tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, maka dividen itu menjadi tak berbaloi. Lebih baik membuat penyimpanan emas untuk simpanan jangka panjang lebih bebrbaloi dan untung.
Maka penyimpan emas jadikan emas ini sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. Bila kita sebut “simpanan”, tujuannya untuk digunakan ketika kecemasan, atau pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik emas disimpan.
Untuk simpanan jangka panjang, simpanan emas lebih digemari ramai masyarakat berbanding dengan membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab :
-Nilai jangka panjang terjamin
-Mudah dicairkan – emas adalah tunai
-Kekayaan di tangan kita
-Boleh dijadikan modal pusingan
-Ia aset mudah alih
-Menutup nafsu berbelanja
KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS SEBAGAI SIMPANAN
- NILAI JANGKA PANJANG TERJAMIN
Suatu ketika tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM670 – RM780. Secara umumnya , ia masih mampu beli seekor kambing. Ia berbeza dengan duit kertas.
Kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas dapat dilihat . Hakikatnya, bukan harga barangan yang naik, tetapi kuasa beli duit kertas itu yang jatuh. Kita memerlukan lebih banyak duit untuk mendapatkan barang yang sama.emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tak akan sekali-kali menjadi kosong! Ia tak ada tarikh luput, tak hangus dek api, bahkan dalam bentuk serbuk sekalipun ia tetap bernilai. Aset lain seperti tanah dan hartanah pun masih ada kebarangkalian menjadi kosong.
2. SENANG DITUKAR KEPADA TUNAI
Emas senang ditukar kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga cuma dalam bentuk berbeza. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas itu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Kalau bawa emas itu ke luar negara sekalipun, ia tetap laku sebab ia emas.Emas adalah “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, kita boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu
3. Kekayaan di tangan kita
Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara
Masih ingat tak duit syiling seringgit dulu? Bank Negara dah gazetkan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.
4. Boleh Dijadikan Modal Pusingan
Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab itu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan itu.
Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas itu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas
5. Aset Mudah Alih
Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih . Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 hingga 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
Sewaktu zaman peperangan panjang antara US dan Vietnam dahulu, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara dan jadi pelarian. Mereka jual segala harta yang ada dan ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant. Kepingan emas tu bentuknya nipis. Mereka boleh sorokkan dalam jahitan baju. Bila sampai ke negara lain, mereka boleh memulakan hidup baru bermodalkan emas yang mereka bawa. Di saat peperangan begitu, pastinya duit kertas tak lagi bernilai.
6.Menutup Nafsu Belanja
Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama. Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual dan nafsu berbelanja akan tertutup secara automatik! Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang fikir nak belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama.
7. Aset Fizikal Mampu Milik
Emas (dan perak) ialah aset fizikal mampu milik. Kalau tanah dan hartanah, kita perlukan modal yang besar untuk beli. Ia tak boleh dibeli mengikut kaki per segi. Berbeza dengan emas, kita boleh beli dengan bajet serendah 1 gram, bahkan item 0.5 gram pun sudah ada sekarang. Ada duit lebih sahaja boleh terus beli dan kumpul sedikit-sedikit. Bahkan golongan pelajar pun sudah boleh menyimpan emas.