El Salvador kini telah menjadi negara pertama di dunia yang menerima Bitcoin sebagai salah satu bentuk mata wang yang sah, selepas kongress di negara berkenaan mengesahkan perundangan untuk menerima Bitcoin.
Penggubal undang-undang di Kongres negara Amerika Tengah itu memilih “supermajority” yang menyokongUndang-Undang Bitcoin diperkenalkan, dengan menerima undian 62 menyokong dari jumlah 84 undian yang layak mengundi di kongres El Salvador
Harga bitcoin naik 5% menjadi $ 34,239.17 sejurus selepas pengundian.
Sebelum ini, presiden El Salvador telah membentangkan idea berkenaan, dan menerima Bitcoin dalam potensi ia untuk memudahkan mereka yang menetap di luar negara untuk menghantar wang ke negara berkenaan. Ekonomi utama negara berkenaan bergantung kepada penghantaran wang kembali ke tanah-air dari rakyat yang bekerja di luar negara. Pada tahun 2019 sahaja, ia menyaksikan sekitar $6 bilion dihantar ke El Salvador daripada rakyat di luar negara – memperlihatkan satu perlima KDNK negara berkenaan.
Selain daripada itu, Bitcoin juga dijangka akan membuka peluang pelaburan, pelancongan, inovasi dan juga pembangunan ekonomi untuk negara berkenaan.
Perundangan yang mengesahkan penggunaan Bitcoin ini dijangka akan dikuat-kuasa dalam 90 hari lagi.