Peningkatan harga 3 crypto utama dunia (Bitcoin, Ethereum dan Ripple) telah menggalakkan kewujudan pelbagai crypto baru dipasaran. Crypto ini diasaskan oleh pelbagai pihak dan pelbagai negara, ia adalah satu perkembangan yang positif ke arah industi crypto dunia. Tetapi ia telah menimbulkan isu yang hangat yang diperkata oleh penganut agama Islam mengenai kepatuhan syariah.
Terdapat beberapa langkah untuk mengenal pasti crypto itu mematuhi syariah :
Bebas daripada sebarang unsur haram
Mana-mana matawang crypto yang secara terang-terangan terlibat atau mempromosikan unsur-unsur yang haram seperti arak, judi, pornografi atau riba’, yang itu kita tolak jauh-jauh. Yang mana menjanjikan bulan dan bintang, matahari dan musytari mahupun galaksi, yang itu pun kena berjaga-jaga. Ia ada seperti unsur penipuan dan kita pun sudah tahu yang penipuan di dalam perniagaan ini haram hukumnya.
Ada nilai tersendiri
Hal inilah yang sering menjadi perdebatan hangat antara para ilmuwan dan ‘alim ulama’. Mereka yang mengharamkan matawang crypto mendakwa tiada apa-apa yang menjadi sandaran kepada nilai sesebuah matawang crypto itu. Yang menjadikannya bernilai hanyalah persepsi orang ramai dan menghebahkannya. Namun di luar sana, sudah ada matawang crypto yang benar-benar mempunyai nilai tersendiri yang tidak boleh diragui lagi.
Ketidakpastian yang munasabah
Apa-apa bentuk pelaburan sekalipun, ia pasti mempunyai elemen ketidakpastiannya yang tersendiri. Namun yang membezakan sama ada pelaburan itu patuh syariah atau tidak ialah tahap ketidakpastian itu sendiri. Sebahagian ulama’ yang mengharamkan penggunaan Bitcoin. Misalnya, menjadikan alasan pencipta Bitcoin iaitu Satoshi Nakamoto ialah seseorang yang tidak dikenali dan tidak diketahui identitinya. Maka timbullah persoalan-persoalan siapakah Encik Satoshi itu sebenarnya? Adakah dia seorang pengganas yang mahu memanipulasi sistem kewangan dunia? Adakah Bitcoin akan digunakan untuk tujuan buruk yang akan memudaratkan manusia. Oleh sebab itu kepada yang berminat untuk melabur dalam mana-mana matawang crypto, perlu melakukan kaji selidik terlebih dahulu agar sebarang elemen ketidakpastian dapat dihapuskan atau sekurang-kurangnya dikecilkan.
Ini adalah link bot untuk rujukan yang lebih mendalam ;
– Shariah Screening Bot For Cryptocurrency. https://t.me/HalalCryptoBot
– Islamic Finance Guru. https://www.islamicfinanceguru.com
Itulah serba sedikit langkah yang buleh di ambil untuk mengenalpasti crypto itu mematuhi syariah atau tidak. Ambil yang jernih buang yang keruh. Seorang Ilmuwan pernah berkata “ketika kamu tidak mempunyai pengetahuan, sesiapa sahaja yang membawa kotoran lalu kamu akan percaya bahawa ia akan bertukar menjadi emas”.
Baca artikel ini kalau nak tahu pencipta crypto yang menjadi jutawan crypto termuda di dunia.
NajmuldinExchanger Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.
Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.
Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :
Hubungi WhatsApp kami sekarang :
http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my
Ikuti Telegram kami sekarang :
http://t.me/crewnajmuldinexchanger
Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :