Banjiran minyak mentah dari Iran ke China sejak belakangan ini telah menjejaskan import minyak dari negara lain serta mengancam merumitkan usaha daripada pakatan OPEC+ untuk mengawal bekalan minyak mentah dalam pasaran global.
China, pengimport terbesar minyak mentah di dunia, membeli sekitar 1 juta tong minyak mentah, kondensat dan bahan bakar sehari dari negara yang dikenakan sekatan itu, menurut anggaran daripada penganalisis dan pedagang. Hal tersebut menyebabkan minyak mentah dengan gred pilihan dari negara seperti Norway, Angola dan Brazil tidak terbeli, seterusnya menyebabkan pasaran spot agak senyap daripada kebiasaan.
Kebanyakan kilang penapis dan pedagang di seluruh dunia enggan membeli minyak mentah Iran disebabkan sekatan dari Amerika Syarikat, yang boleh membawa kepada impak negatif seperti tidak dibenarkan mengguna sistem perbankan AS. Namun, pendakian harga minyak yang berterusan naik menyebabkan minyak Iran dengan potongan harga yang tinggi menarik pembeli dari China termasuklah kilang penapisan bebas, yang merangkumi suku daripada kapasiti pemprosesan minyak mentah China.
Walaupun penanda aras minyak mentah Brent berdagang sekitar $70 setong rentetan pertambahan permintaan dan kawalan bekalan daripada OPEC+, penerusan atau peningkatan aliran minyak Iran boleh menjejaskan usaha pakatan tersebut untuk terus memacu harga untuk naik.
Iran adalah ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), namun dikecualikan daripada sekatan pengeluaran. Walaubagaimanapun, kemahuan China terhadap minyak mentahnya yang murah telah mengalihkan permintaan dari negara OPEC yang lain seperti Angola serta pengeluar seperti Norway dan Brazil.
Sebanyak 10 juta tong minyak Angola dijadualkan untuk eksport April masih lagi tidak mempunyai pembeli setakat awal minggu ini, menurut pedagang. Gred minyak dari Nigeria dan Republic Congo juga sukar dijual ekoran kurangnya permintaan.
Tiga kapal supertanker yang membawa minyak dari ladang minyak Johan Sverdrup, Norway telah berada di perairan China sekurang-kurangnya dua minggu tanpa sebarang aktiviti. Hanya 16 juta tong minyak dari Laut Utara telah meninggal Eropah untuk Asia pada bulan Februari, jumlah paling sedikit dalam empat bulan.
Kebanyakan minyak mentah iran ini dibeli oleh pedagang domestik China. Syarikat pemprosesan ini, yang kebanyakannya berpengkalan di Shandong, diketahui umum untuk menapis minyak mentah Iran dan Venezuela kepada bahan api, dan menggunakan bahan api berlumpur dan berkualiti rendah ini sebagai bahan unit mereka.
Penambahan dalam aliran minyak Iran ini berlaku dikala pentadbiran Presiden AS Joe Biden cuba untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear dengan Tehran. Iran mengeksport sekitar 2.5 juta tong minyak sehari sebelum sekatan dilaksanakan buat kali pertama pada 2018.