1) RUU Pakej Rangsangan Ekonomi Amerika Syarikat akan diundi di Dewan
Perwakilan AS selepas mendapat kelulusan jawatankuasa belanjawan.
2) Brian Deese, Ketua Ekonomi Presiden AS, melihat pekerjaan
sebagai risiko yang lebih mendesak berbanding inflasi.
3) Calon jawatan No.2 Perbendaharaan AS, Wally Adeyemo,
berjanji untuk memerangi amalan ekonomi berat sebelah oleh China.
4) Menteri Kewangan United Kingdom Rishi Sunak berkemungkinan
akan melanjutkan bantuan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti ketiadaan
sementara sehingga Mei.
5) Penggubal dasar Bank of England (BoE) Gertjan Vlieghe
meragui bahawa beliau akan melihat kadar faedah ke paras 5%.
6) Bandar-bandar mega terus meningkatkan harga rumah di
China; satu cabaran kepada penggubal dasar dalam mengawal risiko kewangan.
7) Harga minyak meningkat dengan jumlah dagangan yang tinggi
menguatkan tinjauan ekonomi; Brent mencecah $66 setong.
8) Pasaran ekuiti AS meningkat dengan Presiden Federal
Reserve (Fed) Jerome Powell akan memberi testimoni di hadapan Senat hari ini.
9) Susulan kerugian yang dialami Bitcoin pada hari Isnin,
Elon Musk — pengasas Tesla Inc. — kembali menduduki tangga ke-2 individu
terkaya di dunia.
10) Facebook akan memulihkan halaman berita di Australia
selepas kerajaan menawarkan perubahan pada undang-undang yang akan gergasi
teknologi membayar untuk mendapatkan berita.
11) Pesaing Tesla Inc. — Lucid Motors — mahu menjadi
syarikat awam selepas bergabung dengan Churchill Capital IV Corp dalam satu
perjanjian yang memberi nilai syarikat gabungan itu sebanyak $11.75 billion.
12) Saham Asia mengukuh, dipacu oleh peningkatan harga
komoditi.
Leave a comment