1) Legasi ekonomi Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menjadi pertaruhan dengan pakej pemulihan ekonomi mula terbentuk.
2) Ketua Penasihat Perubatan AS Anthony Fauci memberi amaran mengenai kecuaian dengan kes jangkitan Covid-19 terus berkurang.
3) Menteri Kesihatan Jerman menolak kemungkinan melonggarkan sekatan pergerakan dengan kes Covid terus meningkat.
4) PM United Kingdom Boris Johnson bakal mendedahkan rancangan untuk membawa England keluar daripada sekatan pergerakan.
5) Ahli diplomat China menggesa Biden untuk menghapuskan tarif, memulihkan rasa baik hati kedua-dua pihak selepas Trump.
6) Reserve Bank of Australia (RBA) mempertahankan sasaran pulangan bon dalam satu perbalahan bersama para pedagang mengenai reflasi.
7) S&P meningkatkan penarafan kedaulatan New Zealand atas sebab pemulihan ekonomi yang pantas.
8) Harga minyak meningkat dengan pengeluaran di AS beransur-ansur pulih daripada cuaca sejuk melampau.
9) Goldman melihat harga minyak Brent akan meningkat sehingga $75 setong dengan kadar pemulihan permintaan lebih pantas daripada pengeluaran bekalan minyak.
10) Harga tembaga melonjak di atas paras $9,000 berikutan kebimbangan kurangnya bekalan memacu kenaikan harga.
11) Matawang Rupee India pulih daripada status matawang terburuk Asia selepas berlakunya aliran masuk dalam pasaran saham negara.
12) Boeing mencadang menggantung penggunaan pesawat 777 selepas insiden tertanggalnya serpihan enjin oleh pesawat 777 syarikat United Airlines.
13) Pulangan bon 10 tahun Jepun meningkat ke paras tinggi 2 tahun ekoran harapan pemulihan ekonomi daripada pandemik.