Australian Dollar (AUD) dan New Zealand Dollar (NZD) berada pada paras tertinggi pada ketika ini. Peningkatan yang berterusan sejak tahun lalu didorong oleh kesan positif daripada pertumbuhan ekonomi China yang pesat tahun lalu, di saat situasi global yang terkesan dengan pandemic Covid-19.
Aussie Dollar didagangkan tinggi pada paras di atas $0.7700 manakala Kiwi Dollar pula didagangkan pada paras sekitar $0.7000. Pada ketika ini kedua-dua matawang berada pada paras resistant tertinggi sejak tahun 2017.
Dari sudut data ekonomi semasa, sentimen pengguna di Australia dilaporkan positif pada bulan ini, setelah sedikit menurun pada bulan lalu apabila dikenakan perintah berkurung akibat penularan kes Covid-19 di sana.
Data yang dikeluarkan oleh National Bank of Australia melaporkan pengguna di negara kanggaro itu masih berbelanja pada bulan Januari, memberi indikasi ekonomi masih kukuh. Retails Sales data meningkat sebanyak 1.5% berbanding Disember tahun lalu.
Reserve Bank of Australia dalam kenyataan rasmi menyatakan keyakinan akan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik akan dipacu pada tahun ini, dan menjangkakan bersedia untuk kekal dengan kadar faedah semasa yang rendah sehingga tahun 2024. Keadaan yang sama turut dilaporkan di New Zealand di mana ekonomi di sana masih dilaporkan kukuh.
Walaubagaimanapun, bersedia untuk sebarang pembetulan harga berlaku pada pair AUD/USD dan NZD/USD. US Dollar dilaporkan berada dalam sentimen yang positif pada ketika ini dan berada pada kadar harga yang rendah, berkemungkinan bakal menarik minat pelabur dan pedagang runcit untuk beralih arah kepada USD.