29th Dec – Pair EUR/GBP menjadi tumpuan kami pada minggu terakhir bagi tahun 2020 dimana kemungkinan pergerakan besar akan berlaku pada pair ini memandangkan situasi yang memanas di zon eropah pada ketika ini.
Minggu lalu, rundingan BREXIT berjalan lancar dan kedua-dua belah pihak telah mencapai kata sepakat berkenaan butiran rundingan dan bersetuju untuk memuktamadkan segalanya. Baca artikel ini untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
Berhubung dengan nilai matawang Euro dan GBP, pada ketika ini matawang EURO dilihat lebih kukuh berbanding GBP. Pair EUR/GBP didagangkan pada paras 0.90691 pada hari ini dan masih berada dalam zone bullish monthly.
Jika dilihat dari timeframe besar, paras tertinggi yang mungkin akan bertindak sebagai major resistant line berada pada paras 0.9900, harga tertinggi yang dicatatkan pada tahun 2008. Tidak mustahil harga bergerak ke paras tersebut selepas BREXIT berjalan 1 Januari 2021 memandangkan ketidaktentuan pasaran akan berlaku dan sentimen lebih menyebelahi eropah pada ketika ini.