14th Dec. – Pair GBP/USD terus menunjukkan peningkatan positif pada tahun 2020. Sejak Mac 2020, pair GBP/USD melonjak lebih daripada 2000 pips pergerakan, bermula daripada sekitar 1.1410 dan kini berada pada paras 1.3220.
Lonjakan ini berlaku berikutan situasi pandemik Covid-19 tidak memihak kepada nilai US Dollar di mana Amerika Syarikat merupakan negara paling teruk terjejas oleh pandemik ini. Tambahan pula faktor geopolitik dan pemilihan polisi kewangan oleh Federal Reserve tidak menyokong ke arah pengukuhan nilai US Dollar.
Dijangka harga akan terus meningkat ke paras tertinggi semasa peristiwa BREXIT pada tahun 2016 berlaku iaitu sekitar paras 1.3600. Harga pada ketika ini berada pada garis tengah Bollinger Band dan berada di atas garis Moving Average period 14 menandakan momentum BUY masih kukuh pada ketika ini.