24th Nov. – Harga emas merosot beberapa peratus sejak beberapa hari yang lalu berikutan pengukuhan semasa matawang US Dollar. Harga emas mencatatkan penurunan ke paras $1820.00 per auns berbanding $1965.00 per auns pada awal November 2020.
Kejatuhan sebanyak 1.64% ini berlaku kerana pengukuhan US Dollar selepas data HIS Markit yang terbit semalam menunjukkan peningkatan positif. Data tersebut memberi gambaran sektor perniagaan swasta di United States pada bulan November 2020 berkembang dengan pesat.
Manakala data Manufacturing PMI dan Services PMI pula meningkat sebanyak 56.7 dan 57.7, melebihi apa yang dijangka oleh penganalisis. US Dollar Index (DXY) juga turut mencatatkan peningkatan yang positif.
Selain daripada data ekonomi yang terbit semalam membantu pengukuhan US Dollar, berita mengenai vaksin Covid-19 oleh AstraZeneca yang mendakwa vaksin yang mereka hasilkan adalah lebih baik dan lebih tinggi keberkesanan dalam melawan Covid-19, sekaligus mencetuskan situasi “risk-on” yang memberi kelebihan kepada US Dollar untuk mengukuh sementara.