23rd Nov. – Matawang negara New Zealand, iaitu NZ Dollar mengukuh selepas data jualan runcit direkodkan meningkat secara mendadak pada suku tahun ketiga 2020. Matawang kiwi ini mengatasi beberapa matawang utama dunia yang lain seperti US Dollar, Euro dan Pound Sterling.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh New Zealand Statistics Bureau, peningkatan yang ketara berlaku sebanyak 28%, meningkat mendadak berbanding 14.6% pada suku tahun kedua 2020. Pendirian yang diambil oleh Reserve Bank of New Zealand juga memberi sedikit keyakinan kepada pelabur terhadap nilai matawang New Zealand Dollar.
RBNZ mengambil pendirian untuk tidak meneruskan polisi kewangan yang lemah secara aggresif selepas mengambil kira data ekonomi yang dilihat semakin baik, berbeza dengan negara jiran mereka Australia yang dilihat lebih aggresif selepas mengumumkan pemotongan kadar faedah ke paras yang lebih rendah iaitu 0.10% pada mesyuarat ekonomi yang terbaru oleh Reserve Bank of Australia.
RBNZ merupakan salah satu bank pusat yang mengambil pendirian untuk ke arah polisi kewangan yang lemah bagi bertujuan meransang ekonomi sejak bermulanya krisis pandemik Covid-19 pada Mac yang lalu, memberi bayangan akan kemungkinan mengambil langkah lebih aggresif ke aras Negative Interest Rate Policy (NIRP) dan bersedia untuk mengawal pengukuhan luar biasa NZ Dollar.
Walaubagaimanapun, pada bulan ini RBNZ mengambil langkah untuk berhenti seketika daripada terus melemahkan polisi kewangan sedia ada, sebaliknya mengambil sikap tunggu dan lihat. Beberapa data ekonomi yang lain juga menunjukkan perubahan yang sedikit positif seperti data pekerjaan di mana jumlah data pengangguran tidak seteruk yang dijangka.