BERTENANG!.
Prestasi buruk dalam dagangan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam perdagangan. Sekiranya anda tidak ingin menghadapi situasi seperti itu, dagangan bukanlah profesion untuk anda. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana mengatasi hari yang buruk dimana anda menghadapi kerugian, anda akan membuka diri untuk menghadapi lebih banyak hari yang menyeksakan, dan juga masalah peribadi dan mental akan turu menyusul di kemudian hari. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan setelah tertekan dengan kerugian dalam dagangan harian anda.
1. Fokus pada gambaran yang lebih besar
Salah satu perkara terburuk yang boleh anda lakukan dalam perdagangan adalah terlalu fokus pada perubahan “Profit N Loss” dari hari ke hari. Apa yang berlaku dalam satu hari perdagangan tidak bermaksud anda berjaya atau gagal sebagai seorang trader. Prestasi dagangan anda perlu disemak untuk satu jangka masa beberapa minggu dan bulan. Dalam masa sebulan, berapa hari yang anda anggap sebagai gagal, dan berapa hari yang anda rasa anda berjaya dalam dagangan. Jika di hujung bulan setelah anda meneliti semua dagangan yang telah dilakukan dan mendapati keuntungan anda lebih daripada kerugian, teruskan momentum tersebut. Sekiranya sebaliknya berlaku, kerugian mengatasi keuntungan, cari punca masalah tersebut.
.2. Tinggalkan sementara dunia dagangan
Setelah mengharungi hari-hari dagangan yang merugikan, apa kata sekiranya anda berehat seketika. Tenangkan diri anda. Lapangkan minda anda. Kumpul kembali kekuatan sebelum meneruskan dagangan. Ingat, jangan sesekali melihat carta pasaran kerana ianya akan mendorong anda untuk mengambil keputusan dagangan yang tidak rasional!.
Ingat, dunia dagangan forex ini adalah mencabar, tetapi memberi peluang kepada kita untuk menjana keuntungan. Terpulang kepada anda untuk hadapi gelora pasaran secara profesional!. Jom sama-sama jadi trader yang konsisten mulai hari ini!.