Artikel oleh Fullerton Markets
Perdagangan matawang atau forex adalah satu kemahiran yang perlu digunakan dengan baik untuk membawa keuntungan. Oleh sebab itu, anda perlu mengasahnya terlebih dahulu. Anda juga dapat tingkatkan kemahiran dan pengalaman anda dalam perdagangan dengan mempelajari dari kesilapan orang lain.
Di sini, kami berkongsi lima cara yang seringkali mengakibatkan kerugian semasa berdagang matawang. Apakah langkah-langkah yang harus dielakkan untuk memastikan anda menghasilkan keuntungan yang lebih konsisten?
Tidak Meletakkan Stop Loss
Stop loss merupakan kaedah keselamatan yang memastikan pedagang menetapkan sejumlah wang yang mereka sanggup rugi pada setiap perdagangan. Tanpa meletakkan stop loss, anda akan mengalami kerugian yang besar sekiranya pergerakan pasaran bertentangan dengan dagangan anda. Maka anda disarankan untuk meletakkan stop loss dan had risiko supaya tidak melebihi 5% daripada modal dalam akaun anda.
Mengabaikan Berita Forex
Pedagang juga lebih mudah mengalami kerugian apabila mereka tidak mengikuti perkembangan berita terkini dan perubahan ekonomi.
Sebagai contoh, anda mungkin fikir ianya waktu yang baik untuk memasuki perdagangan apabila terjadi pembentukan formasi bullish flag yang kelihatan akan melonjak dalam harga. Sebelum perdagangan anda masuk ke dalam zon keuntungan, tiba-tiba bank pusat negara matawang yang anda beli mengurangkan kadar faedah dan matawang tersebut turut jatuh. Disebabkan anda tidak mengawasi berita pasaran semasa sebelum membuat keputusan, anda mengalami kerugian.
Jadi adalah amat penting bagi anda untuk memeriksa berita pasaran semasa dan sebelum anda membuka atau memasuki perdagangan.
Hilang Kawalan Emosi
CEO Fullerton Markets, Mario Singh, mengamalkan prinsip MSS yang menyebabkan kejayaan perdagangan beliau.
Menurut Mario, sebanyak 55% dalam perdagangan bergantung kepada ‘state of mind’ bagi mencapai kejayaan. Jika seseorang berdagang menggunakan emosi dan gagal mengawalnya, mereka lebih mudah mengalami kerugian yang lebih besar.
Sama sekali jika pedagang yang mendapat keuntungan berganda menjadi terlebih teruja dan mengambil langkah untuk meletakkan perdagangan yang lebih berisiko untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi.
Ada juga pedagang yang tidak mahu menutup perdagangan mereka yang sedang mengalami kerugian kerana berharap pasaran akan pulih dan membawa keuntungan. Sebaliknya, ini sering akan menyebabkan kerugian yang lebih besar.
Tidak Menetapkan Pelan Dagangan
Pelan dagangan adalah satu set peraturan yang anda gunakan untuk menentukan sama ada anda harus mengambil perdagangan itu atau tidak. Ia mengambil kira personaliti setiap pedagang, jangkaan peribadi, pengurusan risiko dan strategi perdagangan.
Pelan dagangan akan menghadkan kesilapan perdagangan, meminimumkan kerugian dan memastikan pedagang tidak dipengaruhi emosi. Pelan dagangan haruslah diperbaiki hinggalah adanya pelan yang paling sesuai untuk anda.
Mempunyai pelan dagangan tidak menjamin kejayaan tetapi tanpanya, anda sememangnya merancang untuk gagal.
Menetapkan Leverage yang Berlebihan
Leverage merupakan pedang bermata dua kerana ia berpotensi untuk memperbesar keuntungan atau kerugian dengan magnitud yang sama. Bagi ramai pedagang, leverage yang ditawar broker mungkin nampak menarik kerana membolehkan pedagang deposit jumlah kecil untuk mendapatkan keuntungan yang besar. Namun, leverage juga berfungsi untuk meningkatkan kerugian anda dengan magnitud yang sama.
Leverage yang tinggi adalah cara paling mudah untuk mengalami kerugian wang dengan pantas. Tetapi jika anda belajar cara menggunakannya dengan betul, anda boleh memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian anda.
Kesimpulannya, jika anda mahu meningkat keuntungan anda dalam perdagangan pasaran forex, pastikan anda mengelakkan lima kesilapan diatas!
Mengenai Fullerton Markets
Fullerton Markets adalah broker yang diiktiraf dalam industri perdagangan. Bertekad untuk memberikan keselamatan dana yang tidak tertandingi, pelaksanaan yang pantas dan sistem penciptaan kekayaan yang boleh dipercayai, ia menawarkan pelanggan globalnya akses ke pasaran kewangan terbesar dunia dan menjanjikan kestabilan harga pada kadar yang kompetitif melalui liquidity provider-nya. Membekalkan pelanggan dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan, Fullerton Markets membantu pedagang untuk bersaing secara berkesan di pasaran.