5 bank di Malaysia dalam radar SPRM, rupa-rupanya bank terlibat dengan pengubahan wang haram?
Lima bank utama dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan siasatan sindiket penipuan pelaburan didalangi oleh warganegara United Kingdom (UK).
Menurut sumber, lima bank berkenaan berperanan bagi mewujudkan akaun untuk kegunaan sindiket dalam proses pemindahan wang ke luar negara.
“Setiap pegawai ini dipercayai menerima kira-kira RM1,000 bagi setiap akaun bank yang berjaya dibuka tanpa mengikut prosedur.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar satu sindiket penipuan pelaburan yang didalangi oleh warga United Kingdom (UK) dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang pada Selasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Op Tropicana ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Menurut Azam, 24 serbuan telah dilaksanakan termasuk tiga pusat panggilan atau ‘boiler room’, syarikat serta kediaman ahli sindiket.
“Serbuan dijalankan dengan kaedah risikan ‘lntelligence base investigation’, financial investigation, covert operative, undercover dan beberapa kaedah siasatan digunakan.
“Risikan juga dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar dan juga dibuat oleh Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM,” katanya pada Selasa.