Anda berniat untuk lakukan dagangan minggu ini?. Pastikan anda teliti beberapa peristiwa yang akan berlaku pada minggu ini lebih-lebih lagi melibatkan matawang US Dollar. Berikut 4 peristiwa penting yang pastinya akan mempengaruhi pergerakan nilai US Dollar bagi bulan Januari 2021:
PILIHANRAYA SENATOR GEORGIA, U.S
Pelabur dan pedagang memerhati dengan penuh minat perkembangan semasa pilihan raya bagi memilih senator wilayah Georgia, Amerika Syarikat yang berlangsung pada minggu ini. Pilihanraya ini adalah penting kerana jika ianya dimenangi oleh parti Demokratik yang diwakili oleh Jon Ossoff, kedudukan Presiden baharu Amerika Syarikat iaitu Joe Biden akan lebih kukuh dan lebih mudah untuk melaksanakan polisi pentadbiran beliau.
Jika sebaliknya berlaku, wakil parti Republikan yang berjaya memenangi pilihan raya ini, pastinya isu kelicinan pentabdiran Joe Biden akan sedikit terganggu. Oleh sebab itu lah pilihan raya ini mendapat perhatian dan tumpuan utama pelabur dan pedagang pada masa kini.
DATA EKONOMI PENTING AMERIKA
Data ekonomi penting yang akan terbit minggu ini akan memberi gambaran awal terhadap keadaan semasa ekonomi Amerika Syarikat. Rujuk di sini: http://54.251.66.43/nfp-minggu-ini-dan-kesan-kepada-us-dollar/
KENYATAAN DARIPADA FEDERAL RESERVE
Kenyataan rasmi daripada Federal Reserve of United States dijadualkan berlangsung pada malam ini, sehari sebelum bank pusat U.S itu mengeluarkan minit mesyuarat terakhir 2020. Pastinya kenyataan yang akan dibuat akan diperhati dengan penuh minat oleh pelabur dan pedagang.
Pastikan anda bersedia dengan plan dagangan masing-masing!.